UTAMA
HUBUNGI KAMI
CARI
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SIBU Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Blok 3, Lot 462, Brooke Drive, 96700 Sibu, Sarawak, Malaysia. Tel: 084-330544 Fax: 084-320964
Perutusan PPD Sibu Logo PPD Sibu Visi, Misi dan Slogan Piagam Pelanggan
Semakan Penempatan Murid Tahun 2011
Semakan penempatan murid ke tahun 1 dan tingkatan 1 tahun 2011. Klik pada semak keputusan penenmpatan.
-------------------------------
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
Majlis ini akan diadakan pada 6 April 2010 (Selasa) bertempat di SMK Methodist Sibu.
eGTukar 2010
Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk Guru DGA 29, DG41, DG32(KUP) dan DG44 (KUP) secara on-line bagi seluruh negara akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Keputusan permohonan pertukaran Jun 2010 akan dikeluar mulai 28 Mei 2010.
EMIS v5.1 Online
Kini semua warga pendidikan boleh mengemaskini maklumat peribadi EMIS masing-masing secara online. Sila kemaskini maklumat masing-masing. (Makluman : Bahagian yang tidak aktif hanya boleh dikemaskini oleh guru data sekolah masing-masing.)
Pengemaskinian Web 2010
Laman web Pejabat Pelajaran Daerah Sibu sedang dikemaskini.
Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Bahagian Sibu 2010
Majlis ini akan diadakan di SMK Deshon Sibu pada 30-31 Mac 2010. Sebanyak 5 pertandingan dipertandingkan iaitu pertandingan nasyid anti dadah, pertandingan dikir barat anti dadah, pertandingan ePPDa, pertandingan melukis poster anti dadah dan pertandingan sajak anti dadah.
MENGENAI KAMI
Selamat Datang Ke Pejabat Pelajaran Daerah Sibu
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu terletak di Wisma Persekutuan Blok 3 Sibu. PPD Sibu merupakan salah satu hirarki pentadbiran pendidikan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak telah wujud semenjak tahun 1924 lagi iaitu zaman pemerintahan Keluarga Brooke. Jabatan Pelajaran Sarawak pernah dibubarkan pada tahun 1932 sebelum diwujudkan semula pada tahun 1939 yang kemudian mengalami gangguan semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada tahun 1946, Jabatan Pelajaran Sarawak berfungsi semula di bawah pentadbiran British. Berikut merupakan ringkasan sejarah yang telah dilalui oleh PPD Sibu; 1949 - Menumpang Di Bangunan Pejabat Daerah Sibu 1953 - Bangunan Dispensary Lau King Howe 1976 - Rumah Mubaligh Jalan Mission 1982 - Wisma Persekutuan Jalan Awang Ramli Amit 1-7-1996 - Kompleks Persekutuan III Brooke Drive
Hakcipta © 2010 Pejabat Pelajaran Daerah Sibu
Mengenai Kami Carta Organisasi Kemudahan Direktori Privasi
Penafian : Pejabat Pelajaran Daerah Sibu tidak akan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.