.jpg)
.jpg)

Tarikh |
Lisan |
Bertulis |
Pengisian Data |
Sasaran Murid |
| Saringan 1 | 27 Feb - 30 Mac | 1 - 6 Apr | 9 Apr -20 Apr | Semua murid Tahun 1, Murid Linus dan Tegar (Tahun 2 dan 3) |
| Saringan Khas | - | 19 - 23 Mac | 26 - 30 Mac | Murid Perdana Tahun 3* |
| Saringan Khas | - | 14 - 18 Mei | 21 - 25 Mei | Murid Perdana Tahun 2* |
| Saringan 2 | 11 Jun - 13 Julai | 15 - 20 Jul | 23 Jul - 3 Ogos | Murid Linus dan Tegar (Tahun 1, 2 dan 3) |
| Saringan 3 | 10 Sep - 12 Okt | 14 - 19 Okt | 22 Okt - 2 Nov |
Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu Kumpulan SWAN, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak atas kejayaan muncul sebagai Johan bagi Kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 21 hingga 24 November 2011.
15 September 2011 : Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Pelajaran Daerah Sibu telah diadakan bertempat di SK Bandaran Sibu No.3. Warga pendidik daripada daerah Sibu, Selangau dan Kanowit telah memberikan sokongan padu dengan turut bersama-sama memeriahkan majlis.
13 Ogos 2011 : Seramai 258 orang anak yatim yang merupakan murid sekolah daripada seluruh daerah Sibu telah menerima zakat dan derma daripada Tabung Baitulmal Sarawak dalam Majlis Penyampaian Zakat dan Derma kepada Anak-Anak Yatim Daerah Sibu yang telah berlangsung di Dewan MUC Sibu pada hari ini. Majlis penyampaian zakat dan derma ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Daud bin Hj Abdul Rahman, Menteri Muda di Jabatan Perdana Menteri dan Hal Ehwal Islam Negeri Sarawak.
23 Jul 2011 : Majlis Perayaan Hari Guru 2011, Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan bertempat di Dewan Centenenary, SMK Sacred Heart Sibu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Cikgu Jaidah binti Haji Alek, Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak.
9 Julai 2011 : Majlis Penutupan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2011 telah diadakan bertempat di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Majlis penutupan bermula pada jam 11 pagi dan ia telah dirasmikan oleh En Ahli bin Chikba, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sibu.
9 Julai 2011 : Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2011 telah diadakan bertempat di Dataran Al-Mawaddah, SMK Agama Sibu. Pertandingan memasak ini adalah anjuran Maggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
4 Julai 2011 : Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak atas kejayaan muncul sebagai Naib Johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Jabatan Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan di Riverside Hotel, Kuching pada 4 Julai 2011 dalam Kategori Pengurusan.
2 Julai 2011 : Majlis Pelancaran Larian Serentak, 1 Murid 1 Sukan, Peringkat Daerah Sibu 2011 telah diadakan di Stadium Tun Zaidi Sibu bermula jam 8 pagi. Larian ini telah disertai oleh guru-guru dan murid sekolah di daerah Sibu. SMK Agama Sibu dan SMK Tung Hua Sibu telah dijemput khas untuk menyertai majlis perlancaran larian serentak ini.
22 Jun 2011 : SMK Agama Sibu telah menjadi tuan rumah Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Sibu 2011. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di Dataran Al-Mawaddah SMK Agama Sibu. Seramai 12 buah sekolah menengah telah menyertai pertandingan ini. Tema pertandingan pada tahun ini ialah "Menu Sihat Hidangan Pengantin Sajian Kebahagiaan".
Terdapat 5 tetamu dan tiada pengguna dalam talian