Photo Photo Photo Photo Photo Photo
Photo Thumb
Photo Thumb
Photo Thumb
Photo Thumb
Photo Thumb
Photo Thumb

bannerppdsibu.jpg


Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu Kumpulan SWAN, Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak atas kejayaan muncul sebagai Johan bagi Kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 21 hingga 24 November 2011.

 

Johan KIK Kebangsaan 2011
Kumpulan SWAN – Johan Kategori Teknikal dan Anugerah Menteri Pelajaran Malaysia dalam Konvensyen KIK (KPM) Peringkat Kebangsaan 2011

 

Konvensyen KIK kali ini disertai oleh 43 kumpulan dari Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran, Jabatan-Jabatan Pelajaran, Institusi Pendidikan Guru, Pejabat Pelajaran dan sekolah-sekolah yang mewakili negeri masing-masing.

Kumpulan SWAN turut merangkul Anugerah Menteri Pelajaran Malaysia, sekali gus membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM 5000 berserta Piala Kemenangan. Selain itu, Fasilitator Kumpulan SWAN, En. Gawan ak Saut turut muncul sebagai Fasilitator terbaik dalam Konvensyen tersebut.

Tajuk Projek Kumpulan SWAN pada tahun ini ialah “Tempoh pembekalan elektrik di sekolah-sekolah luar bandar tidak mencukupi” dan produk yang telah dicipta dan inovasi telah diberi nama ‘Swan Source’ iaitu alat yang dapat menampung bekalan elektrik jika bekalan elektrik terputus terutama bagi sekolah -sekolah yang menggunakan jana kuasa. Di daerah Sibu masih ada 6 buah sekolah daripada 116 buah sekolah yang masih menggunakan jana kuasa.

Kumpulan SWAN yang ditubuhkan sejak 05 Disember 2007 terdiri daripada 11 orang ahli, termasuk seorang fasilitator seperti berikut;
i) En. Ringgit @Gawan ak Saut (Fasilitator)
ii) Tn Haji Bugin Bin Hj Ragoon (Ketua Kumpulan/Pembentang)
iii) En. Ahli bin Chikba
iv) En. Kho Kiat Hee
v) En. Yik How Sing
vi) En. Chundie anak Lanting
vii) Cik. Norisa Binti Mohamad
viii) Pn. Lolita Jimmy Jalil(Pembentang)
ix) En. Awgku Zainie
x) En. Hipeni Bin Mili
xi) Cik Sofiana Hassan (Pembentang)

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Rosli Mohamed pada malam 23 November 2011 di Hotel berkenaan.

 

Johan KIK Kebangsaan 2011
Ahli Kumpulan SWAN dari Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, Sarawak bersama Produk Inovasi yang dihasilkan yang dinamakan ‘Swan Source’. Inovasi untuk menampung bekalan elektrik terputus di sekolah -sekolah pendalaman yang menggunakan jana kuasa

Johan KIK Kebangsaan 2011
Kumpulan Swan PPD Sibu bersama dengan ‘pokok idea’ yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Dr. Rosli Mohamed

PPD Sibu

En Wong Chong Kung, Pegawai Pelajaran Daerah Sibu

Kalender

MAY
30

30.05.2012 - 31.05.2012
Harvest Festival*

JUN
01

01.06.2012 - 02.06.2012
Dayak Festival*

AUG
31

31.08.2012
National Day

Dalam Talian

Today10
Yesterday25
Week146
Month146
All146

Currently are one guest and no members online